aku tersedar bila aku rasa angin. aku bersandar dan terjatuh ke dalam ruang tanpa henti ini. dan mata aku tutup seeratnya jika bukak takut akan apa yang bakal terlihat. jadi aku jatuh berterusan sambilnya badan menghala ke langit, temannya deru angin yang meluru di antara kekosongan.
di mana?! dan ke mana?! jerit minda kerana mulut juga dicengkam kuat, tiada nama untuk dipanggil, tiada nama yang terlintas.
dan bila sampainya ke tanah aku tak teragak. kerana tiadanya aku terjelepok dan melantun dari batuan keliling. aku diangkat angin deru dan yang tercapai dahulu adalah tapak kaki, lembut.
mata. perlahan dibuka. hati. berdebar hentaknya. lantas cahaya yang menyilau terang menerpa laju. apa?! tangan menangkas dan menghalang lalu mata terkebil dalam jutaan saat, pedih. dari kerlingan ada bayang. siapa?! bibir berbicara suara terlontar sedikit kerana kering dan ketakutan. siapa kau! apa yang kau mahu?! kenapa aku disini!
'tak perlu takut'
dia bilang aku. dengan suara yang terlalu aku kenal. jantung ibarat jatuh dan berkata padanya..'ulang sekali lagi.. ulang semula'
dan dia bilang, 'tak perlu takut'
kali ini aku benar terhentak di atas lutut yang terlantun mencecah tanah. dan berderai terus aku faham keadaan yang melanda itu. walau hati berbisik bayang itu mengerti dan dia bilang lagi.
'tak apa.. semua ini akan hilang dan tenggelam. kita perlu jatuh untuk bangkit lebih tinggi. jadi kau hiduplah dan kau cuba imbangi diri. tapi jika kau tersadung dan tercela, tidak mengapa..Tuhan maha kuasa. percaya kerana aku sudah lalu semua yang kau lalui'
adakah aku berimaginasi, atau benar bayang itu makin hilang?
'sekejap! lantaskan ucap apa betul jalan yang aku pilih ini? bagaimana hendakku tahu aku tidak dilaknat, ada kala aku rasa aku betul adakala aku hilang dan adakala aku terlalu marah dengan diri yang teramat sesatnya..' dan tangisan yang berulit tanah..
hanya suara yang bergema hingga ke saat ini ia menari di hujung telinga.
'wahai anakku, hiduplah. sekuat mungkin, sebaik mungkin seperti tiadanya esok. dan ingatlah Tuhan sentiasa mengetahui yang tersimpan dan yang ternyata. Tuhan yang mencipta matahari di mana tidaklah ia mungkin mendapatkan bulan. Dan malam pula tidak mungkin dapat mendahului siang. Maka Maha Kuasa Tuhan yang meletakkan kedua-dua dalam peredarannya...Hiduplah dan Ingatlah..'
gema akhiran dan aku tercelik, terduduk, bermandi peluh. pukul 3.04 pagi dan perlahan memandang lampu kecil di sudut meja, malap dan sunyi. ada kala aku hilang di khalayak ramai kerana aku tidak mengerti mengapa kita disini. tapi bila aku terpanggil dan disentuh walau hanya di dalam mimpi, aku rasa seperti sudah belajar suatu ilmu yang tiada guru disekolah dapat tunjuk ajar. al fatihah 3 kali buat ayahanda tangis kecil dan sambung tidur untuk terus hidup keesokan harinya.
perjalanan kita masih jauh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment