Tuesday, May 17, 2011

sumpah aku

sekali lagi.


tolonglah mata sila kau tertutup sampai esok. minda sila kau bayangkan mimpi aku dah tak larat lagi. kali ini sudah siri ke-berapa aku dah kering ketawa, esok tiada jumlah kopi magik dapat menggantikan masa.

sila sila sila kau tarik memori yang sedaya upaya aku tepiskan. jangan bagi dekat tempias pun tidak jangan berani hinggap. hei siling hentikan tayangan perdana, zaman silam hitam pahit untuk ditelan. aku hanya ingin tidur.


tidur tidur tidur sambil rindui dia aku pejam tertidur tidur tidur mimpi mungkin ini semua mimpi sahaja.

esok aku akan dengar tapak kaki di waktu subuh. sumpah aku akan bangun buka pintu sebelum kau kejutkan aku. dan kau akan senyum seperti tidak percaya.


aku lagi lagi lagi tak percaya abah. tapi kan bagus kalau berlaku? aku akan cakap pada kau. pukul lah ain sekarang, untuk setiap benda yang ain buat sakitkan hati abah. kalau pukul sampai hancur pun, tak cukup. tapi abah pukul lah. kan bagus kalau berlaku?


No comments: