aku tak ada masa. kalau ada juga aku tak peduli. semua perlu bermula sekarang. di atas dasar kami anak beranak tidak mempunyai sebarang petanda atas apa yang bakal menimpa. bagaimana wang yang bergunung boleh tenggelam ditelan dunia materialistik sepantas kelipan mata? wang yang boleh membenarkan segala situasi menjadi sebaliknya. angkuh, bangga dan lagak atau hanya tersilap langkah..
perlu untuk aku menyoal walau tiada hasilnya. kerana kami akan tetap begini melalui setiap hari dengan harapan keajaiban akan jatuh dari langit tanpa sebarang usaha. maksud dari kami tidak termasuk aku. atau sesiapa dari keluarga yang merasa bahang namun mulut menyimpan rahsia.
aku tak ada masa. aku hanya perlu lakukan. dan apa bezanya hari ini atau esok jika melihat ibu terusan berdoa di atas sejadah di malam hari dan berkeras sepanjang umur tua. yang sama esok dan esok dan esok dan esok lagi.
tekad ini untuk meninggalkan tanah air. untuk kebahgiaan orang tua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment