Bobeh perlukan inpirasi. dia mencebik melihat jam. kalau punya kuasa hendak dipusingkan saja jarum itu 15 kali ganda lebih pantas. "pusiingg pusingg pussinngggg... heh heh heh" gelak Bobeh berimaginasi. "PRAKKK!" tersentap, Bobeh melayang dari kerusi. diikuti huraian tawa 3 saat kemudiannya memenuhi ruang bilik darjah.
dari lantai Bobeh tersipu malu memandang kasut merah striking Puan Raodah di tepi mejanya. Dia dapat merasa mata Sharifah memandang gerak badan terlantar di atas lantai berdebu itu. Bahang pandangan gadis itu masyuk menusuk ke jantung.
Dengan kuasa ajaib seperti Otromen yang datang dari entah mana dalam setiap siri Otromen, Bobeh bertukar menjadi manusia paling cool dan bergaya, rambutnya ditiup angin dan lantas mengalahkan James Dean tersisir rapi. jaket kulit yang terselit di antara bahunya seakan jatuh dari langit dan kasut sekolah kusam kini kasut but hitam yang hanya bisa dipakai old timers. tapi Bobeh cool. Bobeh bukan old timer.
Tapi dia tetap otai.
kerana hari ini dia bakal mencuri hati Sharifah. Sharifah berkulit putih gebu, rambut mengurai hitam, senyuman manis mekar membunga.
Prap, prap, prap.
'Aku tahu kau sudah lama menunggu.'
Sennnntapp!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment