Wednesday, February 2, 2011

going going gone

Tandus, sekali lagi.

ada kala aku hanya ingin diam.
duduk di belakang dinding, lalu hidup di dalam minda yang hitam pekat.
hilang dari derai tawa, perkataan dan mata yang merenung.
di belakang ini hanya aku yang melawan perasaan.

melawan, dan tenggelam.

aku lupa, ingat dan lupa bagaimana rupa. tinggi dan saiz. bila mata tertutup, pertama sekali adalah senyumannya. dan tercelik aku terpinga membentuk menggunakan mata. mencorak imej
dari peta silam. menyambung carta ke satu carta. bagai pelan membina angkasaraya.

cuma satu manusia. tapi aku tetap lupa, ingat, lupa. 23 tahun tidak cukup untuk imaginasi tidak berdaya kreatif. lelap setiap hari semakin jauh dan marah kembali mengabur diri.

aku ingin marah kepada sesiapa saja, kerana kematian dia. aku ingin marah tanpa sebab melayan terus perasaan di hati. aku ingin marah bila kawan tidak tahu mengenang budi ibu dan ayah aku ingin marah kerana aku hanya ada yang satu, dan dia selalunya tidak selari dengan aku.


aku ingin sekali bakar dunia ini dengan api kemarahan, melawan titis kesedihan kerana marah lebih senang dari menangis. ingin sekali, kerana tiada jalan aku mencium tangannya meminta ampun sehingga kiamat nanti.

No comments: