selalu dengar kan? yang opposites attract. iaitu ciri-ciri yang bertentangan boleh menarik antara satu sama lain.
ada mungkin kau ni selekeh, suka lagu bum bang bum bang ensk ensk ensk (bunyi amy) dan orang lagi satu suka lagu melodi yang lembut dan sopan santun disertakan mempunyai ciri-ciri yang teratur. jadi macam mana? steve urkell dengan perempuan yang dicintainya sepenuh jiwa tak pernah dapat bersatu kerana apa? kerana dia nerd? kerana seluar di tarik ke atas hingga ke tahap mencengkam them eggs? (sopan sikit) atau kerana nada ketawanya yang lebih menyerupai orang tercekik buah berangan?
tidak. bukan. tidak pasti.
tapi yang selalu kita lihat tiap pasangan walau bertentangan mesti ada ciri-ciri yang menyebabkan mereka bersama. dari tentangan fizikal kita gali dan gali, oh rupanya!! oh rupanya dia suka band yang kau suka. band yang kawan kau semua benci dan panggil sampah semata. band yang boleh membuatkan makbapak kau putus harapan terhadap kau.
...
oh rupanya!! oh rupanya dia juga benci ketam lebih-lebih lagi ketam yang direndam dalam miso soup dihidang bersama puding telur jepun berhiaskan sayur hijau layu bagai tak kena dan hanya menyakitkan mata. ketam. ketammm yang kawan kau puja-puja dan sembah. ketam yang mak kau masak dengan lauk cili api sedap tanpa belas kasihan terhadap kau dan kau terpaksa makan nasi kosong bersama kicap masin cap kipas udang.
ya. betul tu. ketam durjana.
oh nampaknya.. nampaknya dia juga suka anak kecil. anak kecil yang berwajah suci tanpa dosa, senyuman tanpa rasa salah ketawa dengan tiada tujuan lain, punyai cinta yang paling murni untuk ibu dan ayah. tiada cela.
oh, oh dan oh.
mahu cari oh itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
selagi mana sesuatu itu boleh membuatkan u rasa sesuatu,persamaan dan perbezaan itu sudah tidak penting lagi.
trust me.
the oh will come along. but if it doesnt, its still pretty great. you dont need the oh, you want it.
maksud oh aku itu secara awamnya bukannya persamaan dalam banyak perkara semata tapi lebih kepada keserasian. you see?
mungkin sahaja kau banyak persamaan tapi keserasian tak semestinya. tapi kau juga perlu setuju persamaan memudahkan situasi bukan?
tapi ya, cinta tak pernah mudah dan tak patut mudah seperti yang sesetengah percaya.
masakan keretapi mampu berjalan diatas landasan lrt, tentulah jahanam. begitu juga dengan manusia. jadi keserasian itu sememangnya crucial.
persamaan mungkin boleh memudahkan situasi, tapi mungkin juga membantutkan kreativiti.
semua org ada rasa yang berbeza, mudah atau susah,cinta itu tetap bukan pilihan siapa-siapa.
Post a Comment