memori weh, memori.
umur: tiga tahun setengah
waktu: tengah malam
sipnosis:
diangkut ke 7-eleven oleh abah untuk teman beli barang dan mendapat mainan pertama iaitu bola getah yang bercantum dengan tali getah fleksibel.
dipendekkan cerita:
tak sampai 5 minit bola bertali getah tu dah tersangkut belakang kerusi rotan rumah
aku juga ingat memori-memori yang tak dapat dikenal pasti atur waktunya tapi mungkin minda aku ketika itu merasakan hal tersebut penting lalu disimpan dalam hard drive otak hingga sekarang;
-aku terjatuhkan buku atas abang aku dan gigis (plural ni wei jangan memain) dia patah berdarah (sumpah rasa berdosa gila macam confirm masuk neraka time tu)
-abah aku tipu cakap handkerchief kat poket pembaca berita tu bom. lama jugak la aku percaya.
-abang aku angkut aku berlari-lari dari rumah jiran ke rumah aku yang jauh 10 meter
-pakcik aku balik dari mana tah and jerit "saham naik, saham naik!" sambil sengih gila baban. (10 tahun lepas tu baru tau apabenda saham)
-rumah kena rompak dengan pencuri sampai syilling pun kena kebas
-pegi masjid dengan uwan :)
-dan.. dan yang paling aku takleh terima...
kena tinggal kat rumah dengan maid sambil family pegi hospital seminggu.
...
2 tahun yang kemudian baru tau dorang bukan gi hospital,
tapi pegi bercuti kat Taman Negara.
...
Taman Negara kau tau?
bukannya injection, ubat pahit cucuk-cucuk apejadah.
patutla lama.
siap boleh frame gambar holiday letak kat living room lagi tu sampai sekarang
fuhh panassss, beb!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment